PENDAFTARAN 2026 MASIH DIBUKA!

TEKAN UNTUK DAFTAR

PENDAFTARAN 2026 MASIH DIBUKA! TEKAN UNTUK DAFTAR

TADIKA & MADRASAH KANAK-KANAK
AL-MUSTOFA HOUSE

M- MAHABBAH ALLAH, RASUL, & ILMU
U -  USAHA

-  SUNNAH
T  -  TAAT ALLAH & RASUL
O - OPTIMIS
F -  FITRAH
A - ADAB & AKHLAK YANG BAIK

PENDAFTARAN

Tarbiyah Awal
Sunnah Rasulullah ๏ทบ

Alami hari-hari pembelajaran dengan penuh keseronokan!

Ilmu, Adab, Akhlak

Sirah, Syamaโ€™il, Sunnah

Mengenai
Al-Mustofa House

  • Al-Mustofa House (AMH) telah dibuka atas isyarah dari Guru Besar kita Al Habib Umar bin Hafidz, untuk menyediakan tarbiyah awal buat anak-anak berusia 4-11 tahun, sebelum mereka meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya.

    AMH telah dibuka pada Januari 2023 di Denai Alam, Shah Alam, Selangor. 2024 merupakan tahun kedua AMH beroperasi, dan kini telah mencecah 70 orang pelajar dari dalam negara serta luar negara.

    AMH berada di bawah naungan Habib Mahdi Al-Hamid dan Hubabah Ummu As-Siddiq, iaitu kedua-duanya merupakan penaung Maahad Tahfiz Dar Tarim & Madrasah Anwar Al Batul.

  • Al-Mustofa House merupakan tadika dan sekolah yang berperanan untuk mendidik kanak-kanak dengan pendidikan Islam yang mantap daripada sudut ilmu, amalan, adab, akhlak, tingkahlaku dan pemikiran.

    Visi kami adalah untuk menanam warisan kenabian untuk disebarkan kepada seluruh umat.

    • Menanamkan keagungan Islam kedalam hati kanak-kanak dan mendidik mereka dengan keimanan.

    • Menanam ke dalam hati kanak-kanak kecintaan kepada Allah dan kecintaan kepada Rasulullah, dan cintakan kebaikan untuk setiap orang.

    • Mengajarkan Al-Quran dan menguasai asas Bahasa Arab dari umur kanak-kanak serta mempraktikkannya dan ini merupakan keistimewaan tadika dan sekolah ini.

    • Menitikberatkan kemahiran berfikir dan melatih deria kanak-kanak untuk memerhati dan memahami keadaan persekitaran.

    • Mengajarkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sehingga fasih agar dapat berkomunikasi dan bergaul dengan masyarakat serta meraikan perbezaan kaum, dan menghadapi perbezaan idea dengan mengikut panduan syariat yang tepat

    • Mendidik kanak-kanak tentang akhlak kenabian yang agung dan perilaku yang baik mengikut pemimpin yang paling agung, Rasulullah ๏ทบ .

    • Memelihara kesihatan kanak-kanak dan membimbing mereka kepada perkara yang memberi manfaat terhadap mental dan fizikal.

    • Melatih kanak-kanak untuk berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain dalam setiap perkara serta tidak terlalu memanjakan mereka pada perkara yang tidak perlu.

    • Memberi kanak-kanak rasa selamat serta melindungi fitrah mereka dan menggalakkan perkembangan mental, fizikal dan rohaninya melalui persekitaran yang baik.

    • Memberi pendedahan terhadap suasana persekolahan supaya mereka bersedia menghadapi peringkat seterusnya yang lebih tinggi.

  • Belajar Ikut Fitrah & Membesar Dengan Akhlak.

    • Tadika kami mengikut Kurikulum Prasekolah 2026 (KP2026) dan tema Syamail Nabi setiap bulan โ€” menyeronokkan dan menguatkan asas agama dalam diri anak-anak sejak kecil.

      โœจ Pembelajaran melalui bermain

      โœจ Aktiviti alam, sensory & projek

      โœจ Fitrah kanak-kanak + adab Nabi

      โœจ Literasi & numerasi ikut KP2026

      โœจ Guru yang berada di bawah pemantauan dan bimbingan ulamak

      Setiap bulan tema Islamik:

      ๐ŸŒ™ Tenang Macam Nabi

      โœ‹ Tangan Baik

      ๐Ÿ’› Hati Lembut

      ๐ŸŒฑ Jaga Alam

      ๐Ÿ•Œ Solat Itu Indah

      โ€ฆdan banyak lagi!

      ๐Ÿ“ Lokasi: Denai Alam

  • Hadiahkan kepada anak anda sebuah permulaan hidup yang diberkati, berteraskan tarbiyah sunnah, adab dan kasih sayang.

    โœจ Keistimewaan Sistem Pendidikan Kami:

    ๐Ÿ”นTarbiyah awal mengikut manhaj Rasulullah ๏ทบ

    ๐Ÿ”นHafazan Al-Quran & matan pilihan

    ๐Ÿ”นPraktikal ibadah harian & pengajian Fardhu โ€˜Ain

    ๐Ÿ”นPendekatan holistik โ€” seimbang antara ruhani, akhlak dan akademik

    ๐Ÿ”นQasidah, riadah dan suasana pembelajaran yang menggembirakan

    ๐Ÿ”น Guru-guru yang berada di bawah pemantauan dan bimbingan ulamak.

    ๐ŸŽ Khas untuk ibu bapa: Kelas keibubapaan bulanan

    ๐Ÿ“Œ Lokasi Madrasah:

    โ€ข Banin 7โ€“10 tahun โ€“ Denai Alam

    โ€ข Banat 7โ€“12 tahun โ€“ Subang Bestari

  • Ibu bapa digalakkan memainkan peranan proaktif bersama pihak sekolah dalam menjayakan tarbiyah buat anak-anak dari sehari ke sehari.

    Peranan ibu bapa dalam tarbiyah anak-anak adalah 80% manakala madrasah hanyalah 20%, menurut kalam guru.

    Ibu bapa juga mendapat peluang istimewa menjalani kelas bulanan mendalami ilmu tarbiyah anak-anak, bersama mudir dan mudirah.

  • Tenaga pengajar di Al-Mustofa House terdiri daripada alumni/lepasan Madrasah Anwar Al-Batul yang merupakan cawangan Dar Az Zahra di Tarim, serta juga alumni Dar Az-Zahra di Tarim sendiri.

    Tadika diketuai oleh guru yang telah lama berkecimpung dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia, serta telah bertugas di beberapa tadika lain yang ternama.

    Kesemua tenaga pengajar dibimbing secara langsung dan berterusan oleh Mudir & Mudirah yang berpengalaman dalam menaungi madrasah.

Al-Allamah Sayyidil Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz:
guru, penasihat, dan murabbi.

Gambar-gambar ziarah khas Sayyidil Habib Umar, Mei 2023.

Pembukaan sekolah dirasmikan oleh Al Habib Omar bin Hamid Al Jailani, Mufti Syafie - Makkah Al Mukarramah